EKSA di bahagian disusun mengikut kampus utama di UMK iaitu Kampus Bachok, Kampus Jeli dan Kampus Kota. Setiap bahagian diseragamkan dengan tema warna iaitu biru (Bahagian Bachok), Merah (Bahagian Kota) dan Jingga (Bahagian Jeli).

EKSA Bahagian Bachok terdiri daripada tiga belas (13) zon utama iaitu Zon Bangunan Keselamatan, Zon Bangunan Klinik Veterinar, Zon Bangunan Dewan Tuanku Canselor/ Kompleks Akademik, Zon Bangunan Perpustakaan, Zon Bangunan BAP (FSE), Zon Bangunan FTKW, Zon Bangunan INSPEK, Zon Bangunan Pusat Islam, Zon Bangunan HEPA/ Asrama IBS/ Astaka, Zon Bangunan FBI, Zon Bangunan 3PI/ Rumah Tamu, ATP dan Zon Bangunan Canselori. 

Setiap zon pula dibahagikan kepada sub-subzon yang dinamakan sempena tokoh-tokoh penting dalam sejarah dan budaya negara kita seperti Subzon Leftenan Adnan, Dr. Burhanuddin, Penghulu Dol Said, Laksamana Mohd Amin, Mat Kilau dan sebagainya.

Penggunaan nama tokoh bertujuan memberikan kesedaran budaya dan nilai-nilai warisan kepada staff UMK selain merupakan identiti utama Kampus Bachok yang terdiri daripada Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) dan Fakulti Senibina (FSE) dan Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI).

ZON BACHOK