EKSA merupakan istilah baharu bagi 5S yang telah disuntik dengan elemen pembaharuan dan penambahbaikan serta disuburkan dengan penjenamaan semula program ini, selari dengan perubahan dan kehendak semasa. Pelaksanaan EKSA di UMK untuk menggantikan Sistem Persekitaran Berkualiti (QE/5S) telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bilangan 20/2021 (Kali Ke-245) pada 17 November 2021.
Ini selaras dengan usaha menambahbaik dan menjenamakan semula Amalan QE/5S di Sektor Awam dan merupakan salah satu inisiatif untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan. Penjenamaan semula ini sejajar dengan perubahan dan kehendak semasa yang menekankan peningkatan prestasi dan daya saing organisasi serta memperkasakan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.